Radio online yang di asaskan dan dikendalikan sepenuhnya oleh OKU penglihatan Malaysia. Konti utama radio ini berpusat di Jalan Kenanga, Kuala Lumpur. Amboi FM - Kepuasan Anda Inspirasi Kami - Malaysia Singapore Brunei Indonesia.
Amboi FM merupakan sebuah radio atas talian yang diasaskan dan dikendalikan sepenuhnya oleh golongan Orang Kurang Upaya Penglihatan. Ditubuhkan pada 1 April 2012, stesen ini memainkan lagu dari pelbagai genre termasuk muzik retro dan terkini, serta mempunyai enam orang penyampai yang kesemuanya adalah OKU penglihatan. Amboi FM juga merupakan media bebas dan tidak bernaung di bawah mana-mana persatuan atau NGO.